Saya cerita
apa yang saya alami..
Saya coret
apa yang saya fikirkan..
Saya kongsi
apa yang saya tahu..
Dan,
Saya tulis
apa yang saya mahu tulis..
Salam permulaan untuk penulisan pertama saya di alam maya. Penulisan yang berbentuk luahan rasa, fikiran, pengetahuan, malah mungkin bakat yang terpendam akan turut saya asah melalui ruangan ini. Saya akan bercerita, berkongsi, menulis dan berkarya mengikut kebolehan yang saya ada. Atau mungkin pengalaman yang telah saya lalui. Ataupun berdasarkan kisah imaginasi diri saya sendiri.
Mula menulis sejak di tingkatan dua lagi tetapi ilmu yang ada masih cetek untuk menerbitkan karya yang boleh membanggakan diri saya. Pernah memenangi pertandingan menulis sajak peringkat negeri, tetapi tempat kedua sahaja. Alhamdulillah, kini saya dapat juga mengasah bakat dan meneruskan minat saya dalam penulisan ini.
Akhir kata, semoga setiap urusan yang kita lakukan akan dipermudahkan oleh-NYA. AMIN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan